Wednesday, November 27, 2019

BBM3410SATU2019:ULASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI: TEORI DAN APLIKASI NORMALIZA ABD RAHIM (2019)


NURUL EZZATY BINTI MOHD AZHARI
194416
ULASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI: TEORI DAN APLIKASI
PENULIS: PROFESOR DR. NORMALIZA ABD RAHIM

Buku ini memberi maklumat tentang penggunaan teori analisis wacana dan strategi komunikasi. Penggunaan teori telah diaplikasikan dalam bentuk penyelidikan. Aplikasi dalam teori analisis wacana dan strategi ini boleh digambarkan sebagai kajian yang menarik berserta huraian serta perbincangan yang padat dan teliti. Sebagai contoh, teori ini lebih memberi manfaat kepada individu serta masyarakat yang berkaitan. Buku ini mengandungi dua bahagian iaitu kajian wacana dan strategi komunikasi. Penulis telah menulis kedua bahagian tersebut secara berkait rapat kerana mengaitkan komunikasi ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Definisi serta konsep wacana telah ditulis pada bab 1 dan diceritakan dengan baik oleh penulis. Seterusnya, pada bab 2 pula penulis merangkumkan penggunaan teori dan pendekatan wacana seperti Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori Analsis Wacana Stubbs (1983), Teori Analsis Wacana Kritis VanDjik (1977), Pendekatan Analsis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018) dan Teori Analsis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018). setiap teori analisi wacana ini dianalisis dengan baik dan kritis oleh penulis. 

WIWIWI swafoto dengan buku giteww

Selain itu, wacana tekstual cerita sosial, wacaran ujaran dalam kalangan kanak-kanak dan wacana tekstual lirik lagu ditulis pada bab 3. pada bahagian ini, penulis megemukakan kaedah metodologi, keputusan perbincangan, rumusan serta implikasi dan cadangan. Bagi strategi komunikasi pula ditulis pada bab 4. komunikasi akan dilakuan dalam bentuk kumpulan kecil dan kumpula besar. Pada bab 5 pula menceritakan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi manakala pada bab 6 berkaitan analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang menganalisis interaksi kanak-kanak dengan menggunakan taksonomi strategi komunikasi yang terkini. Sebagai contoh, bab 6 mengupas hasil kajian daripada sepuluh pelajar sekolah rendah berumur 11 dan 12 tahun di Selangor. Akhir sekali, bab 7 pula memberi cadangan kajian akan datang. Antara cadangan kajian lain yang berkaitan wacana dan strategi komunikasi ialah bahasa isyarat, bahan bercetak, serta bahan elektronik dan media massa.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

Harga buku: RM20


BBM3410SATU2019 - KALENDAR 2020

Assalamualaikum dan hai semua :)  Beberapa minggu lepas aku mula belajar cara guna Adobe Photoshop untuk buat kalendar. Memandangkan 20...