Saturday, December 14, 2019

BBM3410SATU2019 - Ketika dan KalimatSatu2019



Ketika dan kalimat
Oleh: Nurul Ezzaty Binti Mohd Azhari
194416

Assalamualaikum Semua :)

Tarik nafas kejap! Haihhh okay mengeluh sat. Nak masuk minggu ke 14 dah. Makna kata apaa? Maknanya dah nak habis semester 5 dan sem hadapan sem akhir di UPM, kemudian Latihan Industri. Aaaaa takutss! Kejapnya masa berlalu dan makin bertimbun kerja harus disiapkan ni *nangis. Jadi ada beberapa perkara yang aku nak kongsikan dalam post kali ini.

Perkara paling utama mestilah tentang apa yang sudah berlaku dan terjadi dekat diri aku ni. Makin kurus ke tidak? Sah-sah TAK!! haha, azam daripada sem 1 nak kurus ni nak masuk tahun akhir makin kembang. Tapi semester 5 ni memang paling penat dan tenat. Kena buat fyp tak siap-siap lagi. Yang paling tak boleh lupa masa DR Julia suruh buat theory framework aku sukahati je buat teori sendiri. Aku pakai TAM, tapi dekat IV tu sukahati je tambah pemboleh ubah yang lain sebab macam siriuslah dua je IV aku ni? Tengok orang lain banyak ada 5. SEKALI SEMUA SALAH! Apalah aku ni tak yakin dengan diri sendiri. Padahal dulu masa sekolah cikgu selalu pesan masa periksa jangan tengok jawapan kawan sebab kawan pun tak pandai, wiwiwi. Terbawa-bawa sampai dah masuk universiti. Aduh kelakarnya aku ni menambah dengan jayanya.

Paling best sem ni sebab ambil subjek Multimedia Dalam Bahasa. Yeke best? Hahahahahahhahahahaha. Seronoklah walaupun penat. Meh lah nak cerita macam mana boleh ambil subjek ni dan siapa aku jumpa dalam kelas ni dan apa kenangan paling sendu dan gembira pernah hadap. Mula-mula Kak Nana yang suruh ambil sekali dengan Farhan dan Anis. Asbabnya mereka berdua dah tahun akhir dan semester akhir dekat UPM ni, jadi aku masa tu pun masih ragu-ragu dalam pada masih tak ambil subjek luar jabatan dan tak nak ada kelas hari Jumaat. Sekali nahhhhhhh kelas ni lagi banyak kerja kau. Aduh! Masih ragu-ragu lagi sebab tak berapa rapat dengan Farhan dan Anis (tak kenal pun! Wiwiwiwi :p) lepas tu takut juga sebab aku memang susah sikit nak percaya dengan lelaki bila nak buat kerja tambah tak kenal Anis dan muka Anis nampak macam watak-watak ganas. Maklumlah Anis ni atlet Olahraga Malaysia tau sebab tu watak lelaki sikit. Ha takut. Jujur aku boleh rapat dengan kawan lelaki Kelab Debat je. Kenapa dan mengapa aku sendiri tak ada jawapan. Mungkin watak budak lelaki dalam kelab ni macam ahli keluarga. Ahh puji selai~

 
KELUARGA DEBAT SAYA :)





Okay sambung, sekali bila dah kenal Anis ni hmm, manja rupanya HAHAHA! Kalah aku yang kononya perempuan ni (yang faham je faham). Anis baik sangat!!! jadinya kami tiga orang daftarlah subjek ni dan kami je yang Bacelor Komunikasi dalam kelas ni yang lain semua Jabatan Bahasa Melayu. Orang lain satu kumpulan 11 orang kami 3 orang je. Allahu, masuk kelas rasa nak putus asa. Haha. Waktu ni juga baru kenal siapa Prof Dr. Normaliza atau PROF N. Wei Prof sangat sempoi!!! mesti teringat dekat emak kat rumah *haaa nangis lagi. Sebabkan subjek ni juga aku tak dapat nak balik selalu macam sem-sem sebelum ini. Hari jumaat memang aku fokuskan untuk siapkan segala mak nenek video dan posting subjek ni. Huaaa. Apatah lagi nak turun latihan debat lagilah! Cakap pasal latihan debat, memang tak turun langsung latihan. Sedih konon masa azam awal tahun nak turun latihan nak join semua pertandingan debat, tapi… sekadar angan-angan di cuti sem lepas sahaja.

 
KALAU WATAK-WATAK HUDUH JE AKU YANG KENA. AISHH DUA EKOQ NI
Walaupun kami tiga orang je tapi aku bangga dengan ahli kumpulan ni. Kami masuk lambat kelas BBM3410 ni masa mula-mula ye la aku daftar minggu pertama dan waktu tu banyak cuti jerebu. Paling aku ingat kami tiga paling lambat datang kelas duduk paling belakang. Bukan selalu aku duduk belakang kelas. Selalu paling depan hahah! Prof siap bawa rotan kot. Hahaha aduhhlah. Nak jadikan cerita kelas ni mmg sharp teruk 10 pagi terus mula. Pagi tu aku ada kelas dekat KAA kot, kelas ni dekat FBMK peghh memang kerjanya menipu je SEPANJANG SEM nak keluar awal sebab kena bergegas untuk kelas Prof N. NAMPAK TAK BETAPA PENTINGNYA PROF DALAM HATI SAYA?! ye aku selalu jadi mangsa bahan si Farhan atau Celay. Dah lah dia panggil aku IJAZZ! Heloo elok-elok nama Ija DITAMBAH ‘Z’ macam nama kedai mamak dekat tempat aku dah. Huaa sedih. Tak apalah asalkan kami tiga saling melengkapi dan tak pernah gaduh. Farhan selalu kutip aku dekat serumpun shoot video dekat blok MSN atau tempat jauh-jauh. Anis pun kutip aku juga tapi jarang-jarang klau si Celay ni lambat nak mampus anis lah ambil. Tapi! Laju sangat bawa motor aaaa gue takottsss. Haih betul lah cakap kak nana, saya akan rindu mereka ni. Terima kasihlah Kak Nana cadangkan mereka pada saya. Jadi sem depan tinggal satu subjek je luar jabatan. Hehe.





Paling best aku pernah nangis sebab kelas ni! Haha okay malas nak cerita balik. Dah pernah post kenapa aku nangis dulu. Classmates BBM3410 ni pun semua baik-baik. aih sejuknya hati~ Sem ni juga tak banyak kelas dengan Azira (kawan baik aku dekat UPM) Satu kelas je sama dengan Zira tu pun kelas pengurusan penyiaran. Zira pun ada tolong juga aku rakam momen indah nak siapkan video subjek multimedia ni. Gosip-gosip. Tapi tu la masing-masing sibuk. Terima kasih zira!

DAN, orang yang paling penting aku kena terima kasih ialah Kak Nana (Syazana Aqilah, gelpren Celay unta) kalau tak sebab Kak Nana, opkos aku tak kenal siapa celay pecal leley ni, si Anis yang jiwanya berbunga-bunga je muka je rempit haha! kami kalau shoot video selalu je kena marah dengan kak nana. ha paling tak tahan masa buat video Ainul Mardhiah, sumpah banyak kali shoot sebab aku mudah terhibur. tergelak je beribu kali. Terima Kasih Kak Nana atas idea-idea bernas walaupun aku selalu dikatakan kelakar oleh tiga orang ni dan jadi bahan lawak, I is Redooooo.

Oh paling best sebab sem ni aku pergi KOREA join sukarelawan. Tapi tak datang kelas Prof N, aku dah bagi surat sebelum terbang tapi Prof N tak ada dekat bilik. Jadi aku letak je dekat kotak depan bilik Prof tu. Harap-harap selamat sampai. Prof saya dah bagi tau surat pengecualian! Jangan tolak markah saya, tolong *nangis lagi

Satu perkara yang paling aku terfikir, sem ni aku boleh dekan lagi ke? Makin tinggal dua sem ni makin takut kalau pointer tiba-tiba jatuh. Sirius aku ada perasaan negatif. Hmm. Selalu terfikir elok sem 1-4 dekan 5-7 ni lain pula. Ya Allah, jangan :’( doakan saya yang baik-baik.

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019 - KALENDAR 2020

Assalamualaikum dan hai semua :)  Beberapa minggu lepas aku mula belajar cara guna Adobe Photoshop untuk buat kalendar. Memandangkan 20...