Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan perbincangan sama ada dalam tulisan formal mahupun tidak formal. Ia boleh digunakan untuk tujuan peribadi seperti sebuah jurnal atau diari malah boleh digunakan untuk perniagaan seagai satu platform membuat promosi, atau iklan barangan jualan. 

terdapat 10 yang terbaik untuk menulis blog yang telah disenaraikan oleh Normaliza Abd Rahim (2014) seperto huraian di bawah: 

Pertama, penulis hendaklah memilih tajuk yang menarik bagi menarik perhatian pembaca. Pemilihan perkataan yang menarik akan memberi minat kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan yang mana apabila pembaca membaca tajuk dan ternanti-nanti isi dalam artikel tersebut. perkara ini merupakan satu elemen yang penting dalam menulis blog kerana ia merupakan perkara pertama yang perlu dibuat semasa menulis blog. Sebagai contoh, penulisan akhbar dan majalah yang mana setiap syarikat pengeluar akan menggunakan perkataan yang menarik sebagai tajuk bagi menarik minat pembaca untuk membeli akhbar mereka. Maka, perkara yang sama juga perlu digunakan ketika menulis blog agar pembaca akan terus membaca. Seorang penulis juga perlu menyusun tajuk dengan baik agar setiap pembaca mudah untuk membuat tafsiran yang positif dan tidak bosan terhadap tajuk yang dipilih. 

Kedua, penulis juga perlu menulis cerita yang menarik  setelah menulis tajuk yang menarik. Penyampaian cerita yang baik akan membuatkan pembaca setia membaca sehingga ke akhir ayat cerita. Untuk menulis satu artikel yang berkualiti dan sedap dibaca bukanlah satu perkara yang mudah. Penulis perlu menjadi lebih kreatif dalam menyusun ayat serta merupakan satu cabaran terbesar buat penulis. Lazimnya seorang penulis akan merangka cerita di atas kertas sebelum menulis di dalam blog seperti membuat pendahuluan cerita yang mana pada bahagian ini akan diceritakan serba sedikit pengenalan atau latar belakang cerita yang ingin disampaikan. seterusnya diikuti dengan pembahagian isi bagi setiap perenggan dan penutup yang menandakan pembaca telah berada dihujug cerita. 

Perkara yang ketiga pula ialah memasukka elemen jenaka di dalam penulisan blog. Elemen ini akan lebih menarik minat pembaca malah menghiburkan pembaca. Kita selalu lihat orang ketawa atau sengih sendirian apabila membaca novel-novel cinta atau buku lawak jenaka kerana buku-buku ini menggunakan unsur lawak jenaka dalam penulisan mereka. Maka, untuk memastikan pembaca lebih teruja untuk membaca, elemen ini perlu dimasukkan. Penulis mungkin mempunyai kandungan artikel yang terhebat, tapi jika tidak mempunyai unsur humor yang jenaka ia akan membuat pembaca membuat kesimplan bahawa mode penulisan blog anda adalah mendatar dan sirius. 

Untuk menulis blog dengan baik juga, penulis perlu memastikan menulis hujah yang terbaik untuk memberi lebih penghayatan. Anda perlu membawa pembaca untuk berimaginasi dengan baik dengan hujah anda. Hujah yang baik akan menyokong tajuk serta cerita anda. Hujah yang baik akan membuat pembaca bersetuju dengan apa yang anda tuliskan dan sebaliknya. Cuma jangan ulang balik apa yang telah kita tuliskan didalam kandungan artikel sebelum itu, tapi tuliskan sesuatu yang baru dan bermakna.

Di samping itu, oenulis juga mestilah mengaitkan penulisan dengan isu-isu semasa. Isu yang telah lama dibincangkan dan telah selesai agak sedikit boring sekiranya ditulis semula. Namun, sekiranya anda ingin mengulasnya, maka ulaslah dengan baik bagi membuat satu persepektif baharu buat isu tersebut. Contohnya, sekiranya anda ingin membuat contoh dalam penulisan blog anda, maka berilah contoh yang terbaik dan masih relevan. Hal ini demikian kerana, bagi membuat pembaca mendapat contoh-contoh yang membuka minda mereka. Kaitan isu yang bersesuaian akan membuatkan pembaca memuji penulisan anda dan tidak bosan. 

Keenam, penulis seharusnya menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas untuk menghasilkan blog yang baik. Pemilihan perkataan serta kosa kata yang sukar akan membuatkan pembaca sukar mentafsir makna yang ingin disampaikan oleh penulis. Penulisan yang santai dan mudah difahami akan membuatkan penulisan anda lebih berilmiah dan tidak mendatangkan salah faham pembaca ketika mereka ingin membuat kesimpulan terhadap cerita anda. Lebih baik anda mengenali pembaca, maka lebih jelas anda dapat berkomunikasi dengan mereka.

Seterusnya,  blog anda perlulah dapat dibaca dan difahami.Bayangkan pembaca anda ialah warga emas yang berumur 50 tahun. Maka, anda perlu menulis dengan baik dan tidak meninggung perasaan mereka yang berumur 50 tahun dan keatas. Bila menulis, letakkan perkara ini dalam minda. “Bagaimana saya boleh membantu pembaca memahami perkara ini dengan lebih baik?” oleh itu, anda perlu merangkan cerita anda dengan baik. lebih jelas penulisan anda, lebih baik mereka membaca blog anda. Maka, elakkan untuk menulis perkara yang sukar dan kurang jelas.

Selain itu, cerita blog anda perlulah boleh untuk berkomunikasi dengan pembaca. Pembaca suka membaca cerita anda yanag mana mereka akan merasaka anda bercakap dengan mereka. Anda boleh membuat ayat tanya. dengan memberi persoalan pembaca akan mendapat idea untuk mejawab pertanyaan anda di dalam hati mereka. penulisan yang berkuasa membolehkan komunikasi dua hala antara penulis dan pembaca. Jika anda mampu menulis dengan jelas, InsyaaAllah tulisan anda akan lebih menonjol dan akan disukai ramai.

Cara yang kesembilan ialah, memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan. Sekiranya penulisan anda mampu menyentuh perasaan pembaca maka ia adalah penulisan yang terbaik. Anda berjaya untuk membawa pembaca menghayati apa yang ingin anda sampaikan. Sekiranya penceritaan anda dalam mood sedih maka pembaca akan tersentu. Anda perlu meninggalkan kesan yang baik kepada pembaca. Pembaca akan dapat sesuatu yang bernilai setelah membaca blog anda dan menunggu entri anda yang seterusnya. Jadi, anda perlu konsisten untuk terus menulis. 

Cara terakhir ialah penulis perlu berilmu untuk penulisan pendidikan. Oleh itu, kita digalakkan untuk sentiasa membaca agar ilmu di dalam diri kita sentiasa bertambah dan kita dapat berkongsi bersama pembaca yang lain. Untuk menulis penulisan yang berkaitan dengan pendidikan anda perlu mahir dan tidak melontarkan idea-idea yang tidak jelas dan berfakta. Tanggapan pembaca akan menjadi negatif sekiranya anda tidak menjelaskannya dengan baik. Bukan mudah untuk menulis atau mengulas sesuatu yang berpendidikan sekiranya anda tidak berilmu. 


 

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019 - KALENDAR 2020

Assalamualaikum dan hai semua :)  Beberapa minggu lepas aku mula belajar cara guna Adobe Photoshop untuk buat kalendar. Memandangkan 20...