Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Close-Up Galaxy Production

Assalamualaikum & Hai :)


haaa saya dah senyum kat awak ni, siap nampak lesum pipit lagi. awak yang tengah tengok entri ni senyumlah balik dekat saya. terima kasih sebab sudi jengah blog saya. jom sama-sama kita fikir apa masa depan kita okay. Jadi, senyum lebar-lebar sampai berlekuk pipi tu, mata tu ke atas sikit. acah-acah berangan gituh. saya tengah berangan nak jadi seorang pembaca berita ni, mana tahu menjadi ke kan. aamiin. yang paling penting tuudng tutup double chin hokey. kalau awak ada tips hilangkan double chin dan dagu yang runcing serta tajam boleh komen dekat entri komen okay! ❤


 kann, akak dah cakap suruh bagi komen dekat bawah nanti tips untuk dagu runcing dan hilangkan double chin. awak tak nak komen, akak nak marahlah ni. awak tahu tak, tak baik tau kalau kita kedekut ilmu ni, Tuhan marah. Cuba awak tengok kejap tahi lalat akak dekat atas bibir tu, manis bukan? Kalau akak senyum dijamin awak cair lah sebab tahi lalat akak ni penambah seri lagi tau. awak tak ada kan? ha tu lah akak kata, tahi lalat akak lagi manis daripada senyuman awak, hehe.

Nasiblah awak yang baca entri ni tengok Kak Zaty dan Kak Anis gaduh siapa paling comel sebab diakhirnya saya juga yang paling cool, paling tenang gituh. Tak apa kita biarkan je mereka dua ni masing-masing angkat bakul. Jadi, inilah hasil gambar Abang Paan dan kakak-kakak awak menggunakan teknik close-up ketika mengambil gambar. Bukan senang tau sebab bila kita close up ni nampak semua cacat cela di wajah. Maka, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Satu. 


#ProfDrN2019Satu 
#BBM3410Satu2019
#Minggu4AsasFotografi
#GalaxyProduction
#2Oktober2019
#KamiTakRamaiTapiKamiAda

baik, seterusnya kita tengok pula apa yang team Galaxy ni dapat praktik close up pada haiwan pula. Tema semua kucing sebab gelagat mereka kalah manusia tau. Ingat senang ke nak ambil gambar kucing-kucing ni beraksi. Tak percaya? ha turun kebawah sikit kita tengok sama-sama. 





Gambar kucing yang pertama sangat bagi kerjasama. Masa kami mengambil gambar kucing ini kami cakap "pandang sini" agaknya dia tahu dan faham, tu dalam hati kucing tu cakap "dah ke belum? aku redho ni redho"

Seterusnya, kalau dah jelir lidah ni tak salahlah kalau nampak makanan depan mata. Tapi yang sebenarnya nampak Meggie, almaklumlah ikut tuannya sama-sama susah senang jadi pelajar.

 Kucing ketiga ni teringin nak jadi ahli gimnastik. Ater, tengoklah kaki belakang tu terangkat ha sebelah. namun kecewa, peringkat saringan dah kalah tu muka tak puas hati. tajam sahaja pandang peserta lain yang kalahkan dia tu.


No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019 - KALENDAR 2020

Assalamualaikum dan hai semua :)  Beberapa minggu lepas aku mula belajar cara guna Adobe Photoshop untuk buat kalendar. Memandangkan 20...