Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini



assalamualaikum dan selamat sejahtera :)


tugasan kelas amali hari ini ialah menulis pengalaman yang paling menarik yang pernah saya alami. pasti ramai yang mempunyai pengalaman manis yang tak pernah dilupakan. jadi, untuk memenuhi tugasan ini, saya perlu menceritakan dua pengalaman yang paling saya tak gemari. 

Pertama, saya mewakili UPM sebagai seorang pendebat. Sepanjang saya berada di sekolah menengah, saya tidak pernah berdebat. sungguh saya takut dan gerun untuk mencuba. namun, saya mengambil langkah yang pertama ketika di tahun satu untuk menyertai Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM PUTRA). Jujur, saya seorang yang sangat tidak berani untuk berhujah dan bercakap. Lama-lama saya bedal je, hahaha. 


Ascar, debat pertama yang saya sertai di UITM Seremban. Saya belum mahir lagi untuk berdebat pada ketika itu, namun apa salahnya mengambil pengalaman. UPM menghantar dua pasukan pada ketika itu. Saya mewakili UPM B yang dibarisi oleh pendebat muda saya, Khalid dan Yong. Walaupun pasukan saya kalah, namun saya tidak tahu mengapa saya rasa ini adalah pengalaman saya yang paling bermakna dan memberi kesan dalam diri saya.

Mungkin kerana saya seorang yang saya penakut untuk bercakap dihadapan namun telah berjaya untuk memasuki pertandingan ini. Tahniah buat pasukan UPM A yang di barisi oleh senior hebat Kak Has, Kak Rasyidah dan Kak Pavie. mereka menjuarai pertandingan debat ini. Paling saya tak boleh lupa bila Kak Rashidah menyuruh saya untuk menjadi pendebat yang keempat menaiki pentas untuk mengambil hadiah. Sungguh saya tak menyangka. 



KDBM banyak mengajar saya untuk berdikari dan menimati waktu-waktu saya belajar di UPM. Banyak nasihat dan perkongsian yang diongsi bersama. Paling saya suka ialah, mereka semua tidak kedekut makan hehe. Kami suka makan!

Pengalaman kedua,  memperoleh CGPA dekan sejak sem 1 sehingga kini. Saya sungguh tdak menyangka Allah berikan saya rezeki ini. Abah selalu pesan, dapat rezeki besar selalu bersyukur dan ingat bahawa rezeki kita ini hanya pinjaman daripada Allah kerana manusia tak ada apa-apa. Kita juga diciptakan oleh Allah dan beribadah kepada Allah.

Mengimbas kembali zaman saya di sekolah dahulu, saya tidak pernah menjadi pelajar cemerlang. Saya teringin. Siapa yang tidak teringin melihat ibu bapa yang gembira dengan keputusan cemerlang, menaiki pentas mengambil hadiah kerana cemerlang. Syukur, baru kini saya merasai rezeki tersebut. Emak dan abah gembira.

Satu sahaja pesan saya buat pembaca, jangan berhenti berdoa. Berdoalah kerana Tuhan akan memakbulkan cuma masa yang sesuai dan saat kita perlukan doa itu akan dikabulkan. Moga saya kekal dekan sehingga bergraduat kerana bukan mudah untuk kekal melepasi 3.75, in sha Allah. AAMIIN.


No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019 - KALENDAR 2020

Assalamualaikum dan hai semua :)  Beberapa minggu lepas aku mula belajar cara guna Adobe Photoshop untuk buat kalendar. Memandangkan 20...