Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

ASSALAMAUALIKUM & HAI SEMUA! :)


Hari ini saya nak cerita tentang tip untuk belajar dengan mudah. Kita semua ada cara untuk belajar dengan sendiri. Ada orang boleh belajar saat terakhir sebelum masuk dewan peperiksaan. Ada orang pula perlukan masa yang lama untuk buat persediaan. Bergantung kepada diri masing-masing. Namun, kebanyakkan pelajar kini belajar hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata. Mungkin kerana sistem di Malaysia ini yang menyebabkan pelajar tersepit kerana terlalu banyak subjek yang perlu diambil. Okay, kita lupakan topic ini.

Baik, Zaty akan ceritakan tip belajar dengan mudah yang pertama sekali ialah adab kita dengan kedua ibu bapa dan pensyarah. Ini adalah perkara yang penting. Sebab tanpa restu mereka kita tidak akan berjaya. Betul ke tidak ni kawan-kawan? Kadang kala kita belajar bagai esok akan kiamat namun masih tidak Berjaya dan terlalu sukar.

Maka, kita perlu semak kembali diri kita dengan hubungan persekitaran. Ibu bapa islah insane yang sentiasa mendoakan kejayaan kita. Tanpa restu mereka, kita mungkin tidak akan Berjaya. Yang paling penting jangan mengutuk pensyarah atau guru yang mengajar kita. In sha Allah, jika kita menjaga hubungan ini saya yakin akan dipermudahkan urusan untuk belajar dan menjadi pelajar cemerlang. 

Perkara kedua, mendekatkan diri dengan Tuhan. Ya, ini adalah asas untuk semua perkara yang kita lakukan dalam dunia ini. Sejak kita dilahirkan, kita tahu siapa tuhan kita dan apa kewajipan kita pada Yang Satu. Sebagai orang Islam, kita percaya bahawa Allah tempat kita bergantung. 

Kalau kita takut untuk menghadapi peperiksaan,, kita perlu berdoa.

Kalau kita rasa pensyarah itu garang, maka, berdoalah pada Allah kerana Dia yang memegang pemilik hati manusia di dunia ini. Jadi, kita perlu mendahulukan urusan dengan tuhan.

Ada orang terlalu sibuk dengan pekerjaan atau assignment sehingga lupa untuk solat dan berdoa.  Jika kita meletakkan niat kerana Allah, Dia akan mudahkan.

Betulkan niat untuk belajar kerana apa. Barulah kita akan mudah menghadam apa yang di ajari dan apa yang kita pelajarai. Semoga Berjaya ! setelah selesai dua perkara penting ini, barulah kita susuli dengan perancangan jadual waktu, bila hendak mengulang kaji, bila hendak membuat assignment dan sebagainya. 

Yang paling penting, dahulukan yang utama ❤😊

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019 - KALENDAR 2020

Assalamualaikum dan hai semua :)  Beberapa minggu lepas aku mula belajar cara guna Adobe Photoshop untuk buat kalendar. Memandangkan 20...