assalamualaikum dan hai semua!:)
Terima kasih emak, terima kasih
abah. Ungkapan terima kasih yang tak lekang untuk saya tuturkan buat kedua ibu
bapa saya. Ya, aku bersyukur sehingga kini Tuhan masih member mereka nafas
untuk bersama dengan aku di muka bumi ini. Terima kasih Tuhan, mengirimkan emak
dan abah sebagai ibu bapa yang sangat berdedikasi menjagaku.
Tanpa kekuatan seorang ibu, maka
tiadalah kita didunia ini. Mengusung selama 9 bulan dalam kandungan. Ayah pula
yang member semangat, punca rezeki, berkeringat untuk member makan minum serta
tempat tinggal.
Ibu saya seorang suri rumah
sepenuh masa. Abah pula seorang pegawai kerajaan yang bekerja di Perpustakaan
UPSI. Moga saya dapat berbakti buat merka sehuingga ke akhir hayat. Emak seorang
yang suka berleter. Mungkin kerana lumrah seorang wanita itu memang begitu. Suatu
hari nanti, aku pula yang bakal menggantikan tempatnya sebagai seorang ibu. Persoalan,
mampukah aku?
Abah pula seorang yang lebih
tenang. Kerana itu abah orang paling layak menjadi ketua keluargaku yang baik. Walaupun
kini kesihatan abah sederhana, namun dia tidak pernah mengeluh untuk bekerja
dan member rezeki buat aku sekeluarga. Terima kasih abah.
Syukur, nikmat Allah pinjamkan
aku sebuah keluarga bahagia. 2 orang kakak dan tiga orang adik menyebabkan aku
menjadi yang ketiga dalam kalangan adik-beradik. Kakak sulong telah berkahwin
dan mempunyai dua orang kelurga. Bila kakak pulang ke kampong riuh rumah dengan
kerenah anak-anaknya. Aku lah yang paling seronok kerana aku sangat suka
melayan mereka berdua.
Kakak yang kedua pula sedang
menyambung master di UPSI dalam bidang pendidikan biologi. Kini tinggal dirumah
menjaga emak dan abah. Aku dan adik yang
lain sedang bersekolah.
Adik perempuanku seorang sahaja. Kini
berlajar di IPG Ipoh . WAH bakal seorang
guru gituh. Adik lelaki pula ada dua orang. Seorang di sekolah menengah dan
seorang lagi baru habis UPSR. Masih lagi belum mengenal sepenuhnya kesusahan
emak dan abah bekerja. Semoga Berjaya adik-adik!
Yang pasti, aku sangat gembira
apabila berada di rumah. Rumahku syurgaku dan nama timanganku dirumah ialah
IJA!. hehe
No comments:
Post a Comment