Wednesday, October 9, 2019

BBM3410SATU2019: ULASAN BAB 6 BLOG DI DALAM KELAS

Assalamualaikum dan Hai! :)

hari ni aktiviti amali perlu membuat ulasan bab 6 buku Boom With Social Me.

   blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (NnormalizaAbd Rahim, 2014). rata-rata remaja akan mula menulis blog sebagai satu platform untuk menulis diari kehidupan masing-masing. hal ini demikian kerana, blog memberikan kemudahan seperti mudah untuk di update dan disunting.bukan itu sahaja, blog juga membolehkan seseorang berhubung dengan orang lain dan menjadi medium komunikasi.

   Menurut Li & Chignell (2010), blog bukan sahaja memberikan peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dengan komputer semata-mata, malah juga memberi peluang untuk melakukan interaksi dua hala dengan pengguna blog yang lain. Maka, ia boleh dijadikan sebagai tujuan pembelajaran. sebagai contoh, blog membantu pelajar untuk menambah keyakinan diri untuk menulis secara kreatif. 

   Blog menyediakan ruang komen di bawah post yang mana ruang ini membolehkan pembaca yang lain memberikan pendapat atau info tambahan berkaitan dengan post yang ditulis. Blog melakar sejarah pada tahun 1991 melalui world wide web dalam mode berkongsi maklumat. blog bermula dengan tiga ciri utama iaitu, pautan ke rea yang lain dalam web, komen pada pautan dan interaktif serta saling berkait. 

   Kajian pada 2007 oleh Ruzy Suliza Hashim menunjukkan blog menjadi semakin popular melihatkan kepada ciri privasi dan uniknya seorang pengguna untuk berkongsi idea mereka. Kajian ini telah dilakukan oleh dua orang wanita yang mana hasilnya sangat memberangsangkan. kedua wanita ini menulis dengan menggunakan perkataan yang paling terbaik. 

   melalui blog kita akan lebih mudah berkongsi apa sahaja kerana blog tidak perlu menggunakan perkataan yang formal dan tidak terhad  patah perkataannya berdasarkan kajian Nowson (2006).pelbagai lagi hasil kajian yag menunjukkan bahawa blog memberikan kesan yang baik kepada pengguna. Malah, Normaliza Abd Rahim (2014) juga menyenaraikan 10 cara terbaik untuk menulis blog seperti yang dibawah:
  1. memilih tajuk yang menarik bagi menarik perhatian pembaca.
  2. penulis juga perlu menulis cerita yang menarik  setelah menulis tajuk yang menarik.
  3. memasukka elemen jenaka di dalam penulisan blog.
  4. memastikan menulis hujah yang terbaik untuk memberi lebih penghayatan
  5. mengaitkan penulisan dengan isu-isu semasa
  6. menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas
  7. blog anda perlulah dapat dibaca dan difahami
  8. cerita blog anda perlulah boleh untuk berkomunikasi dengan pembaca
  9. memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan
  10. berilmu untuk penulisan pendidikan.

   Hasil kajian juga dipaparkan di dalam blog beserta rajah. secara kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa blog sangat membantu pelajar Korea untuk belajar linguistik, bahasa dan pembelajaran teknologi. di samping itu, blog juga membantu untuk meningkatkan motivasi pelajar malah membantu para pengajar untuk menjadikan blog sebagai bahan rujukan pengajaran. di akhir bba ini juga tuurt berharap agar kajian pada masa hadapan lebih mengfokuskan terhadap teknologi untuk meningkatkan gaya penulisan dalam bahasa kedua.

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019 - KALENDAR 2020

Assalamualaikum dan hai semua :)  Beberapa minggu lepas aku mula belajar cara guna Adobe Photoshop untuk buat kalendar. Memandangkan 20...