Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

NURUL EZZATY BINTI MOHD AZHARI
194416



ULASAN BUKU EH!!! MEDIA SOSIAL DAN IMPLIKASI BUKU INI

Media sosial meraih banyak perhatian sistem pendidikan khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa kerana ia akan menambah lagi pengalaman dan pembelajaran dengan menghubung serta menginteraksi para pelajar dan guru menggunkan cara yang baharu dan menarik. Perkembangan pesat media sosial telah menghubungkan beribu-ribu orang di dunia ini. Fokus kajian dalam buku ini ialah tentang penggunaan Facebook, e-mel, Instagram, twitter dan Blog. Penulis telah menemui kajian lepas dan melihat impak media sosial serta mengenal pasti isu dan cara untuk mengatasi masalah berkaitan penggunaan media sosial dalam pembelajaran. Dalam setiap bab pada buku ini juga diceritakan langkah-langkah untuk membuka setiap akaun media sosial seperti yang telah disenaraikan di atas. Pada bab 1 telah diceritakan tentang gambaran awal keseluruhan media sosial seperti mengapa media sosial digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan etika dalam media sosial. Pada bab 2 pula, penulis menceritakan tentang trend terkini media sosial iaitu twitter. Pada bab 3 pula, penulis menyentuh tentang Facebook yang masih lagi digunakan sekarang.

Seterusnya, media sosial Instagram diceritakan oleh penulis pada bab yang keempat. Penulis menceritakan bahawa Instagram merupakan sesuatu yang seronok untuk diteroka termasuk cara untuk membuka akaun Instagram. Penggunaan e-mel pula diceritakan pada bab 5 buku ini yang mana kita tahu jika seseorang itu tidak mempunyai e-mel maka, kita tidak boleh mendaftar atau membuka sesuatu akaun media sosial. Penggunaan blog didalam kelas pula ditulis dengan lebih terperinci oleh penulis pada bab yang keenam. Di samping itu, isu rangkaian sosial dalam kalangan pengguna turut diceritakan oleh penulis. Tajuk rangkaian sosial ini ditulis pada bab 7 dan akhir sekali bab 8 buku ini mendedahkan implikasi pedagogi melihatkan peranan guru dan rangka kerja, peranan pelajar dan suasana pembelajaran. Kesan atau implikasi buku ini ialah memberikan pendedahan kepada pembaca cara-cara untuk beretika di media sosial serta langkah untuk membuka media sosial dengan baik. Selain itu, pembaca dapat mengukuhkan rangkaian sosial mereka dan pelajar pula dapat bersedia untuk suasana pekerjaan dalam era digital dan persaingan media masa hadapan.

Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Harga: RM60

Tajuk buku: Eh!!! Media Sosial.

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019 - KALENDAR 2020

Assalamualaikum dan hai semua :)  Beberapa minggu lepas aku mula belajar cara guna Adobe Photoshop untuk buat kalendar. Memandangkan 20...