Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

ASSALAMAUALIKUM & HAI SEMUA! :)


Hari ini saya nak cerita tentang tip untuk belajar dengan mudah. Kita semua ada cara untuk belajar dengan sendiri. Ada orang boleh belajar saat terakhir sebelum masuk dewan peperiksaan. Ada orang pula perlukan masa yang lama untuk buat persediaan. Bergantung kepada diri masing-masing. Namun, kebanyakkan pelajar kini belajar hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata. Mungkin kerana sistem di Malaysia ini yang menyebabkan pelajar tersepit kerana terlalu banyak subjek yang perlu diambil. Okay, kita lupakan topic ini.

Baik, Zaty akan ceritakan tip belajar dengan mudah yang pertama sekali ialah adab kita dengan kedua ibu bapa dan pensyarah. Ini adalah perkara yang penting. Sebab tanpa restu mereka kita tidak akan berjaya. Betul ke tidak ni kawan-kawan? Kadang kala kita belajar bagai esok akan kiamat namun masih tidak Berjaya dan terlalu sukar.

Maka, kita perlu semak kembali diri kita dengan hubungan persekitaran. Ibu bapa islah insane yang sentiasa mendoakan kejayaan kita. Tanpa restu mereka, kita mungkin tidak akan Berjaya. Yang paling penting jangan mengutuk pensyarah atau guru yang mengajar kita. In sha Allah, jika kita menjaga hubungan ini saya yakin akan dipermudahkan urusan untuk belajar dan menjadi pelajar cemerlang. 

Perkara kedua, mendekatkan diri dengan Tuhan. Ya, ini adalah asas untuk semua perkara yang kita lakukan dalam dunia ini. Sejak kita dilahirkan, kita tahu siapa tuhan kita dan apa kewajipan kita pada Yang Satu. Sebagai orang Islam, kita percaya bahawa Allah tempat kita bergantung. 

Kalau kita takut untuk menghadapi peperiksaan,, kita perlu berdoa.

Kalau kita rasa pensyarah itu garang, maka, berdoalah pada Allah kerana Dia yang memegang pemilik hati manusia di dunia ini. Jadi, kita perlu mendahulukan urusan dengan tuhan.

Ada orang terlalu sibuk dengan pekerjaan atau assignment sehingga lupa untuk solat dan berdoa.  Jika kita meletakkan niat kerana Allah, Dia akan mudahkan.

Betulkan niat untuk belajar kerana apa. Barulah kita akan mudah menghadam apa yang di ajari dan apa yang kita pelajarai. Semoga Berjaya ! setelah selesai dua perkara penting ini, barulah kita susuli dengan perancangan jadual waktu, bila hendak mengulang kaji, bila hendak membuat assignment dan sebagainya. 

Yang paling penting, dahulukan yang utama ❤😊

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Galaxy Production)

 assalamualaikum dan hai semua! :)


entri kali ini saya nak cerita tentang Bird's Eye View. tahu ke apa tu ? nak jadi burung ke? atau kalau nak ambil gambar kena terbang? bukan, semua bukan. jawapannya adalah gambar tersebut mestilah daripada atas, macam mana mata burung melihat pemandangan macam tu lah mata kita.

macam ni lah rupanya burung pandang kereta mahal manusia
.



 burung tu kalau nampak manusia keluar kereta berlagak, sombong, riak, takbur tak lama lah kereta korang nak kena taik dia. sebab itulah Nabi pesan, kita hidup kena bersederhana.


yang ini pula, cara burung duduk atas bumbung stadium tengok manusia bersorak, bersukan dan bermain bola di pandang. burung pun teringin nak main bola sekali. cumanya kurang kudrat je nak tendang. kalau acara larian, boorng lagi laju daripada manusia kalah books of records.


gambar terakhir ni paling menariklah. kami cuba nak tengok macam mana mata burung melihat manusia di bangunan yang tinggi-tinggi. sampai ke loji kami pergi ambil gambar. mujur balik masing-masing wangi je. minyak wangi pun masih sermerbak. allahu, kerdil je kita ni di mata mereka. yang abang-abang sado kata dia sasa tu dekat mata manusia je. dekat mata burung kecik je, hehehe.

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan hai semua! :) 

kali ni saya cerita pula over the shoulder. baca macam menarik je. nak ambil gambar kena duduk atas bahu ke? aihh patahlah bahu gituh. sebenarnya over the shoulder ni macam kita framekan gambar tu guna bahu kita. okay kalau tak faham boleh tengok gambar-gambar di bawah ini.
 



konon-konon nak buat macam nampak lembaga di hadapan, tapi masa menambil gambar ini belum cukup seram. tapi si Farhan ni pun takut juga. tak percaya? ha boleh tengok tangan dia tu dah bersedia tau untuk lari kot-kot hantu muncul betul-betul depan dia. osh!




Gambar kedua pula, si Anis ni teringin nak pergi Paris tengok Eiffel Tower. Maka, tengok je lah pencawang elektrik ni. boleh lah puas hai juga. nak ke sana duit tak ada, hari-hari makan meggie. jadilah pencawang ni, sesedap mata memandang. 



Okay yang ini pula teruja main badminton. Pelajar tak mahu lah stress belajar tu. kalau rasa stress boleh masuk blok msn ni, kita main badminton buat teknik pukulan servis sekuat hati. jangan sampai tangan tercabut sudahlah.

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Galaxy Production)


assalamualaikum dan hai semua !:)


ha, terkejut tak tu?  selalu zaty bagi salam dulu. kali ni zaty hidangkan pembaca semua dengan wajah zaty yang cantik ni. amaran lah nak suruh korang semua ni kena juga baca semua entri-entri zaty. nampak tak emosi muka zaty tu emosi apa? kalau tahu komenlah kat bawah, kita chit chat sikit. sebenarnya zaty baru lepas terkentut masa ambil gambar ni, bagi amaran dekat farhan dan anis supaya dia-diam je.


nampak tak kesinambungan gambar ni, sebab anis yang ambil gambar zaty dan si farhan duduk sebelah, maka anis ketawa terbahak-bahaklah. mungkin wangi bau kentut zaty sebab tulah beriya ketawa si anis sampaikan nak ambil gambar dia pun masih ketawa. shh korang yang baca ni diam-diam je tau. jangan bagi satu malaysia tahu bau kentut zaty.



emosi terakhir ni pula emosi marah, emosi "ingat lawak ke?" itulah si Farhan ni, tak boleh ajak bergurau betul. sirius je memanjang. konon-konon cool, macho. walaupun yang sebenarnya.... tak apalah sambung sendiri ayat.kesimpulannya, mug shot ni gambar dekat penjara tau. tapi sebab kami tak pernah ada pengalaman ke sana, jadi bila farhan nak cuba buat muka banduan tak jadi, maka kami buatlah emosi lain.

BBM3410Satu2019: Medium Short (Galaxy Production)

assalamualaikum semua ! :)

kali ni pula tentang medium shot.  medium shot ni macam long shot juga, tapi medium ni sederhana sikit. dah kata medium. objek nampak lebih dekat berbanding long shot.



ayu ke tidak iols ni? dulu-dulu dekat kebun ada gajah. zaman sekarang nak tegok gajah kena pergi zoo. maka sis pakai je lah payung gajah konon-konon nak jadi wanita melayu terakhir gituh. nampak tak belakang t elemen pokok kelapa macam dalam cerita dekat televisyen tu. perempuan melayu terakhir pakai kebaya. bawa payung, beg tangan kepit dekat ketiak. tapi zaty tak ada baju kebaya. jadilah posing gini.


 

model motor kononnya. tapi masa uji bakat pundah kalah dekat perinkat penyertaan. cukuplah jadi model dekat bukit expo pemandangan tasik. cantik bukan? sedih lah juga, peringkat penyertaan dah kalah. lepas ni anis kena beli kawasaki baru boleh menang.

 


si farhan pula nak jadi lelaki material. maklumlah, dah tahun akhir di UPM namun masih single. konon-konon bergambar depan kereta mewah adalah perempuan nak ngorat. namun, angan-angan Mat Jenin je sebab Farhan tak suka mandi. berbau sikit badannya menyebabkan perempuan-perempuan lari.

tiga gambar di atas tadi merupakan medium shot manusia, tiga dibawah ini medium shot manusia dan pemandangan


masing-masing gayat sebab tu berpaut pada tiang tebing tasik. kalau berdiri takut jatuh terbalik ke belakang jadi makanan ikan. tahu tak kisah ikan-ikan di bukit expo ini kalau dapat makanan kalah pirana berebut nak makan.


nampak tak kami? ha sebab nampaklah di panggil medium shot. kalau nak tahu kisah sebenar, nampak tak huruf E ekspo tu retak? zaty berdiri atas huruf 'E' tiba-tiba pecah pula. aduh sebab tu zaty duduk di antara E dan K. bila entah nak kurus. walaupun hari-hari makan meggie, namun kena tahu kandungan garam dalam meggie tu buat berat zaty jadi 80kg tau sekarang ni. 



Fuyoooo, ingat UPM tak ada pokok macam di Korea atau Jepun ke? pokok daun warna-warni macam winter sonata. Farhan punyalah teruja. uniknya, pokok ini tunggal di dalam kelompok pokok yang ada disekitarnya. pokok yang lain semua warna hijau, tiba-tiba satu ini sahaja yan lain. tak perlu membazir duit mahal-mahal pergi Korea waktu tengah belajar ini. kita naik je pusat media dah boleh bergambar.

BBM3410Satu2019: Long Shot Galaxy Production



Assalamualaikum dan Hai semua :)




subhanallah, indahnya ciptaa Tuhan Maha Satu. tenang je tengok gambar ni kan? cuba untuk praktikkan konsep kedamaian, ketenangan bumi Allah dalam sekeping gambar.


jerebu masih belum hilang ke? pemandangan long shot daripada pusat media yang melihatkan kawasan Kuala Lumpur. kalau korang naik pusat media boleh nampak dari jauh menara berkembar KLCC wei. cumanya gambar ini agak berjerebu atau berhabuk? waktu malam lagilah cantik sebab boleh nampak cahaya-cahaya kota raya yang bersedia untuk tidur. 

laluan naik ke pusat media. pstt, psstt. kalau nak lalu sini waktu malam seram wei. nak naik tu bukannya senang jauh pula tu ke atas tanpa ada bangunan kanan dan kiri. bila waktu malam pokok pula melambai-lambai lain pula jadinya. tegak bulu roma masing-masing!
 


long shot dengan pemandangan. pemandangan di bawah laluan LRT KLIA yang laju berdesup-berdesup tu. anis dan farhan tu bukan berani sebab tu menyandar dekat tiang. tahu kenapa? sebab bila lrt lalu laju sangat wei bergegar tiang. takut runtuh. zaty juga yang berani macam tuan puteri berbaju kurung duduk di tengah-tengah. malas nak riak wei! 



 laluan turun daripada pusat media. nampak ke zaty dan anis dekat bawah tu? ha terus kerdil. senang je nak turun berguling je daripada atas ke bawah. sebab tu zaty dan anis turun dulu sebab perempuan bab berguling-guling ni memang pakar.



nampak tak tu guys zaty dan farhan tengah duduk. kami tengah menonton anis menyertai pertandingan tarik tali rafia. sengit jugalah sebab tak tahu siapa yang menang. asal nak tarik je tangan bolos. tali rafia kan nipis.


#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu4AsasFotografi
#GalaxyProduction
#2Oktober2019
#KamiTakRamaiTapiKamiAda

BBM3410Satu2019: Close-Up Galaxy Production

Assalamualaikum & Hai :)


haaa saya dah senyum kat awak ni, siap nampak lesum pipit lagi. awak yang tengah tengok entri ni senyumlah balik dekat saya. terima kasih sebab sudi jengah blog saya. jom sama-sama kita fikir apa masa depan kita okay. Jadi, senyum lebar-lebar sampai berlekuk pipi tu, mata tu ke atas sikit. acah-acah berangan gituh. saya tengah berangan nak jadi seorang pembaca berita ni, mana tahu menjadi ke kan. aamiin. yang paling penting tuudng tutup double chin hokey. kalau awak ada tips hilangkan double chin dan dagu yang runcing serta tajam boleh komen dekat entri komen okay! ❤


 kann, akak dah cakap suruh bagi komen dekat bawah nanti tips untuk dagu runcing dan hilangkan double chin. awak tak nak komen, akak nak marahlah ni. awak tahu tak, tak baik tau kalau kita kedekut ilmu ni, Tuhan marah. Cuba awak tengok kejap tahi lalat akak dekat atas bibir tu, manis bukan? Kalau akak senyum dijamin awak cair lah sebab tahi lalat akak ni penambah seri lagi tau. awak tak ada kan? ha tu lah akak kata, tahi lalat akak lagi manis daripada senyuman awak, hehe.

Nasiblah awak yang baca entri ni tengok Kak Zaty dan Kak Anis gaduh siapa paling comel sebab diakhirnya saya juga yang paling cool, paling tenang gituh. Tak apa kita biarkan je mereka dua ni masing-masing angkat bakul. Jadi, inilah hasil gambar Abang Paan dan kakak-kakak awak menggunakan teknik close-up ketika mengambil gambar. Bukan senang tau sebab bila kita close up ni nampak semua cacat cela di wajah. Maka, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Satu. 


#ProfDrN2019Satu 
#BBM3410Satu2019
#Minggu4AsasFotografi
#GalaxyProduction
#2Oktober2019
#KamiTakRamaiTapiKamiAda

baik, seterusnya kita tengok pula apa yang team Galaxy ni dapat praktik close up pada haiwan pula. Tema semua kucing sebab gelagat mereka kalah manusia tau. Ingat senang ke nak ambil gambar kucing-kucing ni beraksi. Tak percaya? ha turun kebawah sikit kita tengok sama-sama. 





Gambar kucing yang pertama sangat bagi kerjasama. Masa kami mengambil gambar kucing ini kami cakap "pandang sini" agaknya dia tahu dan faham, tu dalam hati kucing tu cakap "dah ke belum? aku redho ni redho"

Seterusnya, kalau dah jelir lidah ni tak salahlah kalau nampak makanan depan mata. Tapi yang sebenarnya nampak Meggie, almaklumlah ikut tuannya sama-sama susah senang jadi pelajar.

 Kucing ketiga ni teringin nak jadi ahli gimnastik. Ater, tengoklah kaki belakang tu terangkat ha sebelah. namun kecewa, peringkat saringan dah kalah tu muka tak puas hati. tajam sahaja pandang peserta lain yang kalahkan dia tu.


BBM3410SATU2019 - KALENDAR 2020

Assalamualaikum dan hai semua :)  Beberapa minggu lepas aku mula belajar cara guna Adobe Photoshop untuk buat kalendar. Memandangkan 20...