Friday, October 18, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6


Assalamualaikum dan hai :)


Tajuk pun tentang Instagram, maka post kali ini berkaitan Instagram atau lebih famous orang cakap Ig hehe. Okay, tak banyak pun nak cakap, cuma nak suruh semua yang baca entri kali ini untuk follow akaun instagram saya: @ezzatyazhari ⭐kalau saya tak follow balik, dm saya cakap pst.. pstt, follow balik sis. Agitchewww. 

Tengoklah dua post bawah ini, kena posing untuk subjek BBM3410, syiok tau belajar dalam kelas ni. santai-santai je. yang penting praktikal senang masuk dan ingat teknik-teknik untuk ambil gambar.





bukan selalu posing pakai telekung dekat Bukit Expo, selalu orang jogging dating kali ni, hamek solat dhuha kau dekat sana. kikiki, yang gambar kedua ingat model lah tu. kenkonon nak jadi perempuan ayu gituh, tapi.. hm boleh lah ada rupa sikit-sikit. haha!

Wednesday, October 9, 2019

BBM3410SATU2019: ULASAN BAB 6 BLOG DI DALAM KELAS

Assalamualaikum dan Hai! :)

hari ni aktiviti amali perlu membuat ulasan bab 6 buku Boom With Social Me.

   blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (NnormalizaAbd Rahim, 2014). rata-rata remaja akan mula menulis blog sebagai satu platform untuk menulis diari kehidupan masing-masing. hal ini demikian kerana, blog memberikan kemudahan seperti mudah untuk di update dan disunting.bukan itu sahaja, blog juga membolehkan seseorang berhubung dengan orang lain dan menjadi medium komunikasi.

   Menurut Li & Chignell (2010), blog bukan sahaja memberikan peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dengan komputer semata-mata, malah juga memberi peluang untuk melakukan interaksi dua hala dengan pengguna blog yang lain. Maka, ia boleh dijadikan sebagai tujuan pembelajaran. sebagai contoh, blog membantu pelajar untuk menambah keyakinan diri untuk menulis secara kreatif. 

   Blog menyediakan ruang komen di bawah post yang mana ruang ini membolehkan pembaca yang lain memberikan pendapat atau info tambahan berkaitan dengan post yang ditulis. Blog melakar sejarah pada tahun 1991 melalui world wide web dalam mode berkongsi maklumat. blog bermula dengan tiga ciri utama iaitu, pautan ke rea yang lain dalam web, komen pada pautan dan interaktif serta saling berkait. 

   Kajian pada 2007 oleh Ruzy Suliza Hashim menunjukkan blog menjadi semakin popular melihatkan kepada ciri privasi dan uniknya seorang pengguna untuk berkongsi idea mereka. Kajian ini telah dilakukan oleh dua orang wanita yang mana hasilnya sangat memberangsangkan. kedua wanita ini menulis dengan menggunakan perkataan yang paling terbaik. 

   melalui blog kita akan lebih mudah berkongsi apa sahaja kerana blog tidak perlu menggunakan perkataan yang formal dan tidak terhad  patah perkataannya berdasarkan kajian Nowson (2006).pelbagai lagi hasil kajian yag menunjukkan bahawa blog memberikan kesan yang baik kepada pengguna. Malah, Normaliza Abd Rahim (2014) juga menyenaraikan 10 cara terbaik untuk menulis blog seperti yang dibawah:
  1. memilih tajuk yang menarik bagi menarik perhatian pembaca.
  2. penulis juga perlu menulis cerita yang menarik  setelah menulis tajuk yang menarik.
  3. memasukka elemen jenaka di dalam penulisan blog.
  4. memastikan menulis hujah yang terbaik untuk memberi lebih penghayatan
  5. mengaitkan penulisan dengan isu-isu semasa
  6. menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas
  7. blog anda perlulah dapat dibaca dan difahami
  8. cerita blog anda perlulah boleh untuk berkomunikasi dengan pembaca
  9. memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan
  10. berilmu untuk penulisan pendidikan.

   Hasil kajian juga dipaparkan di dalam blog beserta rajah. secara kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa blog sangat membantu pelajar Korea untuk belajar linguistik, bahasa dan pembelajaran teknologi. di samping itu, blog juga membantu untuk meningkatkan motivasi pelajar malah membantu para pengajar untuk menjadikan blog sebagai bahan rujukan pengajaran. di akhir bba ini juga tuurt berharap agar kajian pada masa hadapan lebih mengfokuskan terhadap teknologi untuk meningkatkan gaya penulisan dalam bahasa kedua.

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: Suatu ketika

assalamualaikum dan hai semua!:)

Terima kasih emak, terima kasih abah. Ungkapan terima kasih yang tak lekang untuk saya tuturkan buat kedua ibu bapa saya. Ya, aku bersyukur sehingga kini Tuhan masih member mereka nafas untuk bersama dengan aku di muka bumi ini. Terima kasih Tuhan, mengirimkan emak dan abah sebagai ibu bapa yang sangat berdedikasi menjagaku.

Tanpa kekuatan seorang ibu, maka tiadalah kita didunia ini. Mengusung selama 9 bulan dalam kandungan. Ayah pula yang member semangat, punca rezeki, berkeringat untuk member makan minum serta tempat tinggal.

Ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa. Abah pula seorang pegawai kerajaan yang bekerja di Perpustakaan UPSI. Moga saya dapat berbakti buat merka sehuingga ke akhir hayat. Emak seorang yang suka berleter. Mungkin kerana lumrah seorang wanita itu memang begitu. Suatu hari nanti, aku pula yang bakal menggantikan tempatnya sebagai seorang ibu. Persoalan, mampukah aku?

Abah pula seorang yang lebih tenang. Kerana itu abah orang paling layak menjadi ketua keluargaku yang baik. Walaupun kini kesihatan abah sederhana, namun dia tidak pernah mengeluh untuk bekerja dan member rezeki buat aku sekeluarga. Terima kasih abah.

Syukur, nikmat Allah pinjamkan aku sebuah keluarga bahagia. 2 orang kakak dan tiga orang adik menyebabkan aku menjadi yang ketiga dalam kalangan adik-beradik. Kakak sulong telah berkahwin dan mempunyai dua orang kelurga. Bila kakak pulang ke kampong riuh rumah dengan kerenah anak-anaknya. Aku lah yang paling seronok kerana aku sangat suka melayan mereka berdua.

Kakak yang kedua pula sedang menyambung master di UPSI dalam bidang pendidikan biologi. Kini tinggal dirumah menjaga emak dan abah.  Aku dan adik yang lain sedang bersekolah.

Adik perempuanku seorang sahaja. Kini berlajar di IPG Ipoh . WAH  bakal seorang guru gituh. Adik lelaki pula ada dua orang. Seorang di sekolah menengah dan seorang lagi baru habis UPSR. Masih lagi belum mengenal sepenuhnya kesusahan emak dan abah bekerja. Semoga Berjaya adik-adik!

Yang pasti, aku sangat gembira apabila berada di rumah. Rumahku syurgaku dan nama timanganku dirumah ialah IJA!. hehe

Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

ASSALAMAUALIKUM & HAI SEMUA! :)


Hari ini saya nak cerita tentang tip untuk belajar dengan mudah. Kita semua ada cara untuk belajar dengan sendiri. Ada orang boleh belajar saat terakhir sebelum masuk dewan peperiksaan. Ada orang pula perlukan masa yang lama untuk buat persediaan. Bergantung kepada diri masing-masing. Namun, kebanyakkan pelajar kini belajar hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata. Mungkin kerana sistem di Malaysia ini yang menyebabkan pelajar tersepit kerana terlalu banyak subjek yang perlu diambil. Okay, kita lupakan topic ini.

Baik, Zaty akan ceritakan tip belajar dengan mudah yang pertama sekali ialah adab kita dengan kedua ibu bapa dan pensyarah. Ini adalah perkara yang penting. Sebab tanpa restu mereka kita tidak akan berjaya. Betul ke tidak ni kawan-kawan? Kadang kala kita belajar bagai esok akan kiamat namun masih tidak Berjaya dan terlalu sukar.

Maka, kita perlu semak kembali diri kita dengan hubungan persekitaran. Ibu bapa islah insane yang sentiasa mendoakan kejayaan kita. Tanpa restu mereka, kita mungkin tidak akan Berjaya. Yang paling penting jangan mengutuk pensyarah atau guru yang mengajar kita. In sha Allah, jika kita menjaga hubungan ini saya yakin akan dipermudahkan urusan untuk belajar dan menjadi pelajar cemerlang. 

Perkara kedua, mendekatkan diri dengan Tuhan. Ya, ini adalah asas untuk semua perkara yang kita lakukan dalam dunia ini. Sejak kita dilahirkan, kita tahu siapa tuhan kita dan apa kewajipan kita pada Yang Satu. Sebagai orang Islam, kita percaya bahawa Allah tempat kita bergantung. 

Kalau kita takut untuk menghadapi peperiksaan,, kita perlu berdoa.

Kalau kita rasa pensyarah itu garang, maka, berdoalah pada Allah kerana Dia yang memegang pemilik hati manusia di dunia ini. Jadi, kita perlu mendahulukan urusan dengan tuhan.

Ada orang terlalu sibuk dengan pekerjaan atau assignment sehingga lupa untuk solat dan berdoa.  Jika kita meletakkan niat kerana Allah, Dia akan mudahkan.

Betulkan niat untuk belajar kerana apa. Barulah kita akan mudah menghadam apa yang di ajari dan apa yang kita pelajarai. Semoga Berjaya ! setelah selesai dua perkara penting ini, barulah kita susuli dengan perancangan jadual waktu, bila hendak mengulang kaji, bila hendak membuat assignment dan sebagainya. 

Yang paling penting, dahulukan yang utama ❤😊

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Galaxy Production)

 assalamualaikum dan hai semua! :)


entri kali ini saya nak cerita tentang Bird's Eye View. tahu ke apa tu ? nak jadi burung ke? atau kalau nak ambil gambar kena terbang? bukan, semua bukan. jawapannya adalah gambar tersebut mestilah daripada atas, macam mana mata burung melihat pemandangan macam tu lah mata kita.

macam ni lah rupanya burung pandang kereta mahal manusia
.



 burung tu kalau nampak manusia keluar kereta berlagak, sombong, riak, takbur tak lama lah kereta korang nak kena taik dia. sebab itulah Nabi pesan, kita hidup kena bersederhana.


yang ini pula, cara burung duduk atas bumbung stadium tengok manusia bersorak, bersukan dan bermain bola di pandang. burung pun teringin nak main bola sekali. cumanya kurang kudrat je nak tendang. kalau acara larian, boorng lagi laju daripada manusia kalah books of records.


gambar terakhir ni paling menariklah. kami cuba nak tengok macam mana mata burung melihat manusia di bangunan yang tinggi-tinggi. sampai ke loji kami pergi ambil gambar. mujur balik masing-masing wangi je. minyak wangi pun masih sermerbak. allahu, kerdil je kita ni di mata mereka. yang abang-abang sado kata dia sasa tu dekat mata manusia je. dekat mata burung kecik je, hehehe.

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan hai semua! :) 

kali ni saya cerita pula over the shoulder. baca macam menarik je. nak ambil gambar kena duduk atas bahu ke? aihh patahlah bahu gituh. sebenarnya over the shoulder ni macam kita framekan gambar tu guna bahu kita. okay kalau tak faham boleh tengok gambar-gambar di bawah ini.
 



konon-konon nak buat macam nampak lembaga di hadapan, tapi masa menambil gambar ini belum cukup seram. tapi si Farhan ni pun takut juga. tak percaya? ha boleh tengok tangan dia tu dah bersedia tau untuk lari kot-kot hantu muncul betul-betul depan dia. osh!




Gambar kedua pula, si Anis ni teringin nak pergi Paris tengok Eiffel Tower. Maka, tengok je lah pencawang elektrik ni. boleh lah puas hai juga. nak ke sana duit tak ada, hari-hari makan meggie. jadilah pencawang ni, sesedap mata memandang. 



Okay yang ini pula teruja main badminton. Pelajar tak mahu lah stress belajar tu. kalau rasa stress boleh masuk blok msn ni, kita main badminton buat teknik pukulan servis sekuat hati. jangan sampai tangan tercabut sudahlah.

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Galaxy Production)


assalamualaikum dan hai semua !:)


ha, terkejut tak tu?  selalu zaty bagi salam dulu. kali ni zaty hidangkan pembaca semua dengan wajah zaty yang cantik ni. amaran lah nak suruh korang semua ni kena juga baca semua entri-entri zaty. nampak tak emosi muka zaty tu emosi apa? kalau tahu komenlah kat bawah, kita chit chat sikit. sebenarnya zaty baru lepas terkentut masa ambil gambar ni, bagi amaran dekat farhan dan anis supaya dia-diam je.


nampak tak kesinambungan gambar ni, sebab anis yang ambil gambar zaty dan si farhan duduk sebelah, maka anis ketawa terbahak-bahaklah. mungkin wangi bau kentut zaty sebab tulah beriya ketawa si anis sampaikan nak ambil gambar dia pun masih ketawa. shh korang yang baca ni diam-diam je tau. jangan bagi satu malaysia tahu bau kentut zaty.



emosi terakhir ni pula emosi marah, emosi "ingat lawak ke?" itulah si Farhan ni, tak boleh ajak bergurau betul. sirius je memanjang. konon-konon cool, macho. walaupun yang sebenarnya.... tak apalah sambung sendiri ayat.kesimpulannya, mug shot ni gambar dekat penjara tau. tapi sebab kami tak pernah ada pengalaman ke sana, jadi bila farhan nak cuba buat muka banduan tak jadi, maka kami buatlah emosi lain.

BBM3410SATU2019 - KALENDAR 2020

Assalamualaikum dan hai semua :)  Beberapa minggu lepas aku mula belajar cara guna Adobe Photoshop untuk buat kalendar. Memandangkan 20...