Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini



assalamualaikum dan selamat sejahtera :)


tugasan kelas amali hari ini ialah menulis pengalaman yang paling menarik yang pernah saya alami. pasti ramai yang mempunyai pengalaman manis yang tak pernah dilupakan. jadi, untuk memenuhi tugasan ini, saya perlu menceritakan dua pengalaman yang paling saya tak gemari. 

Pertama, saya mewakili UPM sebagai seorang pendebat. Sepanjang saya berada di sekolah menengah, saya tidak pernah berdebat. sungguh saya takut dan gerun untuk mencuba. namun, saya mengambil langkah yang pertama ketika di tahun satu untuk menyertai Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM PUTRA). Jujur, saya seorang yang sangat tidak berani untuk berhujah dan bercakap. Lama-lama saya bedal je, hahaha. 


Ascar, debat pertama yang saya sertai di UITM Seremban. Saya belum mahir lagi untuk berdebat pada ketika itu, namun apa salahnya mengambil pengalaman. UPM menghantar dua pasukan pada ketika itu. Saya mewakili UPM B yang dibarisi oleh pendebat muda saya, Khalid dan Yong. Walaupun pasukan saya kalah, namun saya tidak tahu mengapa saya rasa ini adalah pengalaman saya yang paling bermakna dan memberi kesan dalam diri saya.

Mungkin kerana saya seorang yang saya penakut untuk bercakap dihadapan namun telah berjaya untuk memasuki pertandingan ini. Tahniah buat pasukan UPM A yang di barisi oleh senior hebat Kak Has, Kak Rasyidah dan Kak Pavie. mereka menjuarai pertandingan debat ini. Paling saya tak boleh lupa bila Kak Rashidah menyuruh saya untuk menjadi pendebat yang keempat menaiki pentas untuk mengambil hadiah. Sungguh saya tak menyangka. 



KDBM banyak mengajar saya untuk berdikari dan menimati waktu-waktu saya belajar di UPM. Banyak nasihat dan perkongsian yang diongsi bersama. Paling saya suka ialah, mereka semua tidak kedekut makan hehe. Kami suka makan!

Pengalaman kedua,  memperoleh CGPA dekan sejak sem 1 sehingga kini. Saya sungguh tdak menyangka Allah berikan saya rezeki ini. Abah selalu pesan, dapat rezeki besar selalu bersyukur dan ingat bahawa rezeki kita ini hanya pinjaman daripada Allah kerana manusia tak ada apa-apa. Kita juga diciptakan oleh Allah dan beribadah kepada Allah.

Mengimbas kembali zaman saya di sekolah dahulu, saya tidak pernah menjadi pelajar cemerlang. Saya teringin. Siapa yang tidak teringin melihat ibu bapa yang gembira dengan keputusan cemerlang, menaiki pentas mengambil hadiah kerana cemerlang. Syukur, baru kini saya merasai rezeki tersebut. Emak dan abah gembira.

Satu sahaja pesan saya buat pembaca, jangan berhenti berdoa. Berdoalah kerana Tuhan akan memakbulkan cuma masa yang sesuai dan saat kita perlukan doa itu akan dikabulkan. Moga saya kekal dekan sehingga bergraduat kerana bukan mudah untuk kekal melepasi 3.75, in sha Allah. AAMIIN.


BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

(Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT)

Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang bernama Alim. Alim sangat teruja untuk pulang ke kampung kerana gemar bermain bersama ayam dan itik belaan nenek serta datuknya. Namun, kali itu Alim sedih kerana dia merasakn haiwan peliharaan tersebut telah tiada. Sebenarnya ayam dan itik telah dipindahkan ke reban yang baru dibuat datuknya. Begitu juga dengan dekorasi dalaman rumah nenek dan datuknya yang telah berubah menyebabkan Alim bersedih. Alim merasakan rumah datuknya telah tiada rupanya mereka hanya menukar perabot sahaja. 


 
Jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial.

Jenis-jenis multimedia yang boleh digunakan untuk penyebaran cerita ini adalah seperti melalui blog, Youtube, Instagram, Twitter dan Facebook. 
 
Dengan penyebaran melalui blog, cerita ini dapat di sampaikan dengan ditulis secara penuh mahupun secara sinopsis seperti contoh di atas. Dengan menggunakan blog, pembaca boleh membaca dengan lebih jelas dan terperinci. 
 
Seterusnya, medium Youtube. Penyebaran cerita sosial dengan menggunakan medium ini membolehkan penonton lebih memahami kerana mempunyai elemen teks, gambar dan suara yang mana akan lebih memberikan kesan yang lebih baik. Penonton akan lebih ingat jalan cerita dan dialog yang disampaikan.
 
Penyebaran cerita  melalui instagram pula membuat pembaca mengingati gambar-gambar yang dimuat naik. Pembaca lebih jelas melihat suasana kampung, reban ayam dan dekorasi rumah sebelum dan selepas. 
 
Manakala menggunakan twitter pula membantu pembaca untuk teruskan pembacaan dengan bebenang yang dibuat oleh penyebar cerita. Hal ini demikian kerana, twitter mempunyai had patah perkataan untuk satu post tulisan. Maka cerita ini disambung dengan bebenang.
 
Akhir sekali, menggunakan facebook yang lebih meluas. Penyebar cerita boleh menulis cerita dengan satu entri sahaja dan boleh turut serta meletakkan bersama gambar dan video. Pembaca boleh berkongsi cerita tersebut di Facebook  Page atau di Facebook sendiri untuk lebih menarik minat orang lain membaca. 

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan perbincangan sama ada dalam tulisan formal mahupun tidak formal. Ia boleh digunakan untuk tujuan peribadi seperti sebuah jurnal atau diari malah boleh digunakan untuk perniagaan seagai satu platform membuat promosi, atau iklan barangan jualan. 

terdapat 10 yang terbaik untuk menulis blog yang telah disenaraikan oleh Normaliza Abd Rahim (2014) seperto huraian di bawah: 

Pertama, penulis hendaklah memilih tajuk yang menarik bagi menarik perhatian pembaca. Pemilihan perkataan yang menarik akan memberi minat kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan yang mana apabila pembaca membaca tajuk dan ternanti-nanti isi dalam artikel tersebut. perkara ini merupakan satu elemen yang penting dalam menulis blog kerana ia merupakan perkara pertama yang perlu dibuat semasa menulis blog. Sebagai contoh, penulisan akhbar dan majalah yang mana setiap syarikat pengeluar akan menggunakan perkataan yang menarik sebagai tajuk bagi menarik minat pembaca untuk membeli akhbar mereka. Maka, perkara yang sama juga perlu digunakan ketika menulis blog agar pembaca akan terus membaca. Seorang penulis juga perlu menyusun tajuk dengan baik agar setiap pembaca mudah untuk membuat tafsiran yang positif dan tidak bosan terhadap tajuk yang dipilih. 

Kedua, penulis juga perlu menulis cerita yang menarik  setelah menulis tajuk yang menarik. Penyampaian cerita yang baik akan membuatkan pembaca setia membaca sehingga ke akhir ayat cerita. Untuk menulis satu artikel yang berkualiti dan sedap dibaca bukanlah satu perkara yang mudah. Penulis perlu menjadi lebih kreatif dalam menyusun ayat serta merupakan satu cabaran terbesar buat penulis. Lazimnya seorang penulis akan merangka cerita di atas kertas sebelum menulis di dalam blog seperti membuat pendahuluan cerita yang mana pada bahagian ini akan diceritakan serba sedikit pengenalan atau latar belakang cerita yang ingin disampaikan. seterusnya diikuti dengan pembahagian isi bagi setiap perenggan dan penutup yang menandakan pembaca telah berada dihujug cerita. 

Perkara yang ketiga pula ialah memasukka elemen jenaka di dalam penulisan blog. Elemen ini akan lebih menarik minat pembaca malah menghiburkan pembaca. Kita selalu lihat orang ketawa atau sengih sendirian apabila membaca novel-novel cinta atau buku lawak jenaka kerana buku-buku ini menggunakan unsur lawak jenaka dalam penulisan mereka. Maka, untuk memastikan pembaca lebih teruja untuk membaca, elemen ini perlu dimasukkan. Penulis mungkin mempunyai kandungan artikel yang terhebat, tapi jika tidak mempunyai unsur humor yang jenaka ia akan membuat pembaca membuat kesimplan bahawa mode penulisan blog anda adalah mendatar dan sirius. 

Untuk menulis blog dengan baik juga, penulis perlu memastikan menulis hujah yang terbaik untuk memberi lebih penghayatan. Anda perlu membawa pembaca untuk berimaginasi dengan baik dengan hujah anda. Hujah yang baik akan menyokong tajuk serta cerita anda. Hujah yang baik akan membuat pembaca bersetuju dengan apa yang anda tuliskan dan sebaliknya. Cuma jangan ulang balik apa yang telah kita tuliskan didalam kandungan artikel sebelum itu, tapi tuliskan sesuatu yang baru dan bermakna.

Di samping itu, oenulis juga mestilah mengaitkan penulisan dengan isu-isu semasa. Isu yang telah lama dibincangkan dan telah selesai agak sedikit boring sekiranya ditulis semula. Namun, sekiranya anda ingin mengulasnya, maka ulaslah dengan baik bagi membuat satu persepektif baharu buat isu tersebut. Contohnya, sekiranya anda ingin membuat contoh dalam penulisan blog anda, maka berilah contoh yang terbaik dan masih relevan. Hal ini demikian kerana, bagi membuat pembaca mendapat contoh-contoh yang membuka minda mereka. Kaitan isu yang bersesuaian akan membuatkan pembaca memuji penulisan anda dan tidak bosan. 

Keenam, penulis seharusnya menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas untuk menghasilkan blog yang baik. Pemilihan perkataan serta kosa kata yang sukar akan membuatkan pembaca sukar mentafsir makna yang ingin disampaikan oleh penulis. Penulisan yang santai dan mudah difahami akan membuatkan penulisan anda lebih berilmiah dan tidak mendatangkan salah faham pembaca ketika mereka ingin membuat kesimpulan terhadap cerita anda. Lebih baik anda mengenali pembaca, maka lebih jelas anda dapat berkomunikasi dengan mereka.

Seterusnya,  blog anda perlulah dapat dibaca dan difahami.Bayangkan pembaca anda ialah warga emas yang berumur 50 tahun. Maka, anda perlu menulis dengan baik dan tidak meninggung perasaan mereka yang berumur 50 tahun dan keatas. Bila menulis, letakkan perkara ini dalam minda. “Bagaimana saya boleh membantu pembaca memahami perkara ini dengan lebih baik?” oleh itu, anda perlu merangkan cerita anda dengan baik. lebih jelas penulisan anda, lebih baik mereka membaca blog anda. Maka, elakkan untuk menulis perkara yang sukar dan kurang jelas.

Selain itu, cerita blog anda perlulah boleh untuk berkomunikasi dengan pembaca. Pembaca suka membaca cerita anda yanag mana mereka akan merasaka anda bercakap dengan mereka. Anda boleh membuat ayat tanya. dengan memberi persoalan pembaca akan mendapat idea untuk mejawab pertanyaan anda di dalam hati mereka. penulisan yang berkuasa membolehkan komunikasi dua hala antara penulis dan pembaca. Jika anda mampu menulis dengan jelas, InsyaaAllah tulisan anda akan lebih menonjol dan akan disukai ramai.

Cara yang kesembilan ialah, memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan. Sekiranya penulisan anda mampu menyentuh perasaan pembaca maka ia adalah penulisan yang terbaik. Anda berjaya untuk membawa pembaca menghayati apa yang ingin anda sampaikan. Sekiranya penceritaan anda dalam mood sedih maka pembaca akan tersentu. Anda perlu meninggalkan kesan yang baik kepada pembaca. Pembaca akan dapat sesuatu yang bernilai setelah membaca blog anda dan menunggu entri anda yang seterusnya. Jadi, anda perlu konsisten untuk terus menulis. 

Cara terakhir ialah penulis perlu berilmu untuk penulisan pendidikan. Oleh itu, kita digalakkan untuk sentiasa membaca agar ilmu di dalam diri kita sentiasa bertambah dan kita dapat berkongsi bersama pembaca yang lain. Untuk menulis penulisan yang berkaitan dengan pendidikan anda perlu mahir dan tidak melontarkan idea-idea yang tidak jelas dan berfakta. Tanggapan pembaca akan menjadi negatif sekiranya anda tidak menjelaskannya dengan baik. Bukan mudah untuk menulis atau mengulas sesuatu yang berpendidikan sekiranya anda tidak berilmu. 


 

Wednesday, September 25, 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd rahim
Hak Cipta: Univerisiti Putra Malaysia

 Saya Faham
Saya kata "Apa khabar" Dia jawab "Khabar baik" Ucapan untuk dia  Ucapan untuk saya
Selamat pagi, tengah hari, petang, malam Untuk dia Untuk saya
Terima kasih  Sama-sama Untuk dia Untuk saya
Terima kasih  Sama-sama Untuk kita Untuk mereka


BBM3410Satu2019: Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

hari pertama di UPM
Nama saya Nurul Ezzaty Binti Mohd Azhari. Anda boleh memanggil saya Ezzaty mahupun Ija. Dilahirkan di Kajang Selangor  pada 16 Februari 1997 dan dibesarkan oleh kedua ibu bapa saya dengan penuh bersederhana.

Saya kini menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini, saya berbaki setahun untuk menuntut ilmu sebagai seorang pelajar degree. Namun, saya bercita-cita untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi. 

Saya gemar untuk melancong kerana ingin meneroka tempat-tempat menarik di dalam dan luar negara. Disebabkan masih belum berpeluang saya selalu melihat video tempat-tempat menarik di Youtube dan Instagram. Jadi itulah hobi saya. Saya akan mengisi masa senggang dengan menontot dan melihat gambar tempat menarik. 

Saya juga gemar untuk tidur. Almaklumlah konon-konon penat menjadi seorang pelajar, hehe. Saya berharap para pembaca seronok untuk membaca penulisan saya. Kini, blog ini digunakan untuk subjek Multimedia dalam bahasa yang diajar oleh Prof Normaliza  :)

BBM3410SATU2019 - KALENDAR 2020

Assalamualaikum dan hai semua :)  Beberapa minggu lepas aku mula belajar cara guna Adobe Photoshop untuk buat kalendar. Memandangkan 20...