ASSALAMAUALIKUM & HAI SEMUA! :)
Hari ini saya nak cerita tentang tip untuk belajar dengan
mudah. Kita semua ada cara untuk belajar dengan sendiri. Ada orang boleh
belajar saat terakhir sebelum masuk dewan peperiksaan. Ada orang pula perlukan
masa yang lama untuk buat persediaan. Bergantung kepada diri masing-masing. Namun,
kebanyakkan pelajar kini belajar hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata. Mungkin
kerana sistem di Malaysia ini yang menyebabkan pelajar tersepit kerana terlalu
banyak subjek yang perlu diambil. Okay, kita lupakan topic ini.
Baik, Zaty akan ceritakan tip belajar dengan mudah yang
pertama sekali ialah adab kita dengan kedua ibu bapa dan pensyarah. Ini adalah
perkara yang penting. Sebab tanpa restu mereka kita tidak akan berjaya. Betul ke
tidak ni kawan-kawan? Kadang kala kita belajar bagai esok akan kiamat namun
masih tidak Berjaya dan terlalu sukar.
Maka, kita perlu semak kembali diri kita dengan hubungan
persekitaran. Ibu bapa islah insane yang sentiasa mendoakan kejayaan kita. Tanpa
restu mereka, kita mungkin tidak akan Berjaya. Yang paling penting jangan
mengutuk pensyarah atau guru yang mengajar kita. In sha Allah, jika kita
menjaga hubungan ini saya yakin akan dipermudahkan urusan untuk belajar dan
menjadi pelajar cemerlang.
Perkara kedua, mendekatkan diri dengan Tuhan. Ya, ini adalah asas untuk semua perkara yang kita lakukan
dalam dunia ini. Sejak kita dilahirkan, kita tahu siapa tuhan kita dan apa
kewajipan kita pada Yang Satu. Sebagai orang Islam, kita percaya bahawa Allah
tempat kita bergantung.
Kalau kita takut untuk menghadapi peperiksaan,, kita
perlu berdoa.
Kalau kita rasa pensyarah itu garang, maka, berdoalah pada
Allah kerana Dia yang memegang pemilik hati manusia di dunia ini. Jadi, kita
perlu mendahulukan urusan dengan tuhan.
Ada orang terlalu sibuk dengan pekerjaan atau assignment sehingga
lupa untuk solat dan berdoa. Jika kita
meletakkan niat kerana Allah, Dia akan mudahkan.
Betulkan niat untuk belajar kerana apa. Barulah kita akan
mudah menghadam apa yang di ajari dan apa yang kita pelajarai. Semoga Berjaya ! setelah selesai dua perkara penting ini, barulah kita susuli dengan perancangan jadual waktu, bila hendak mengulang kaji, bila hendak membuat assignment dan sebagainya.
Yang paling penting, dahulukan yang utama ❤😊