Friday, December 13, 2019

BBM3410SATU2019 - SENARAI VIDEO

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SEMUA :)

Sebagai bukti saya punya kerja, akan saya senaraikan di sini semua link video Youtube. Jom kita tengok hehe. Video individu ada 2 je, yang lain semua video kerja berkumpulan.

1. FLAT LAY INDIVIDU 
2. FOOD VLOG INDIVIDU
3. FOTOGRAFI DUA

4. SIMPULAN BAHASA

5. POTRAIT DAN SWAFOTO

6. FLATLAY

7. ONE SHOT TWO LAYER

8. ONE SHOT ONE LAYER

9. ONE SHOT THREE LAYER

10. VIDEO KONVOKESYEN UPM

11. VIDEO FOKUS

12. VIDEO SERBUK PENCUCI BAJU 

13. VIDEO TEMU BUAL PENSYARAH

14. TRAGEDI DAN SERAM 

Salam Sayang, Terima Kasih view dan beri sokongan.

Thursday, December 12, 2019

BBM3410SATU: INSTAGRAM BERSAMA PROF N

Assalamualaikum dan Hai :)

perkongsian hari ini nak tunjuk gambar-gambar yang Prof dah like dekat Instagram saya :) boleh follow IG; ezzatyazhari 



 gambar yang ini Prof suruh buat tentang emoji, jenuhlah saya memikir. emoji apa nak buat hahaha. scroll-scroll galeri jumpa gambar anak buah lelaki penuh muka berbedak. aduh kelakar ingat balik peristiwa ni.


 Yang ini pula swafoto dengan Prof N yang mana dekat caption saya tulis tentang saya menangis sebab Prof huhu, sedih sangat masa tu sebab Prof tak percaya. cumanya tak nangis depan Prof hehe cover juga.




gambar yang ini pula tentang keberkatan. saya menulis tentang keberkatan bersama rakan-rakan baru saya ketika sukarelawan di Korea. alhamdulillah, saya sebenanrnya sangat pemalu, namun itu adalah sisi yang saya gelapkan. cuma yang kenal saya sahaja akan tahu bahawa saya ini seorang yang pemalu. Dekat Korea kami tak kenal antara satu sama lain namun kuasa Allah menjadikan kami sangat rapat dan akrab tanpa bergaduh pun membantu antara satu sama lain. Sykur, Terima kasih Ya Rabb.

 ini pula gambar tentang kelegaan. saya rasa gambar saya tak ada pun tentang ekpresi kelegaaan , oh mungkin ada sebab wajah saya gembira sambil tutup mulut. saya lega kerja Prof untuk minggu depannya sudah saya dan ahli kumpulan siapkan. hehe.

 haaa gambar ini berkaitan kegembiraan. Prof siap komen tau. yela prof pernah pergi dan belajar serta mengajar di sana, jadi tentu Prof tak asing dengan buah pisang kaki. saya post gambar tentang pisang kaki yang saya dapat daripada APPA sebelum saya tinggalkan korea. seronok sangat! buahnya sangat sedap dan manis tidak sama seperti di Malaysia.


kali ini pula kena post gambar tentang ketenangan. caption saya kali ini pula memang syiok sendiri je hahahaha.


wah yang ini, saya tak sangka gambar saya masa tidur cantik! eh syok sendiri lagi. yela kena buat tentang keredhaan. kalau keredhaan ni malas fikir dah, tidur terus. haha, jadi saya masukkan gambar saya tidur di dalam kapal terbang.

 wahh kali ini Prof tak like gambar saya, tapi anak Prof iaitu Dr Alia yang like, siap komen lagi gambar ini . pertama kali saya  memakai hambuk. bestnya, teringin nak buat baju raya macam ini tau. hahah

ini adalah gambar pertama yang Prof like. perasaan ketika itu wah!!!!! terujanya!!! sebab saya dengan ahli kumpulan daftar lambat subjek ini jadi sekali lah prof like dengan hastag yang ramai-ramai satu kelas guna. Insaf prof kata haha, ambil gambar pakai telekung dekat Bukit Expo, bukan duta telekung ye kawan-kawan. 

okay, itu sahaja. sekian. untuk gambar lebih jelas boleh stalk dan like akaun instagram saya ye wiwiwiwiwiw.

Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

NURUL EZZATY BINTI MOHD AZHARI
194416



ULASAN BUKU EH!!! MEDIA SOSIAL DAN IMPLIKASI BUKU INI

Media sosial meraih banyak perhatian sistem pendidikan khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa kerana ia akan menambah lagi pengalaman dan pembelajaran dengan menghubung serta menginteraksi para pelajar dan guru menggunkan cara yang baharu dan menarik. Perkembangan pesat media sosial telah menghubungkan beribu-ribu orang di dunia ini. Fokus kajian dalam buku ini ialah tentang penggunaan Facebook, e-mel, Instagram, twitter dan Blog. Penulis telah menemui kajian lepas dan melihat impak media sosial serta mengenal pasti isu dan cara untuk mengatasi masalah berkaitan penggunaan media sosial dalam pembelajaran. Dalam setiap bab pada buku ini juga diceritakan langkah-langkah untuk membuka setiap akaun media sosial seperti yang telah disenaraikan di atas. Pada bab 1 telah diceritakan tentang gambaran awal keseluruhan media sosial seperti mengapa media sosial digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan etika dalam media sosial. Pada bab 2 pula, penulis menceritakan tentang trend terkini media sosial iaitu twitter. Pada bab 3 pula, penulis menyentuh tentang Facebook yang masih lagi digunakan sekarang.

Seterusnya, media sosial Instagram diceritakan oleh penulis pada bab yang keempat. Penulis menceritakan bahawa Instagram merupakan sesuatu yang seronok untuk diteroka termasuk cara untuk membuka akaun Instagram. Penggunaan e-mel pula diceritakan pada bab 5 buku ini yang mana kita tahu jika seseorang itu tidak mempunyai e-mel maka, kita tidak boleh mendaftar atau membuka sesuatu akaun media sosial. Penggunaan blog didalam kelas pula ditulis dengan lebih terperinci oleh penulis pada bab yang keenam. Di samping itu, isu rangkaian sosial dalam kalangan pengguna turut diceritakan oleh penulis. Tajuk rangkaian sosial ini ditulis pada bab 7 dan akhir sekali bab 8 buku ini mendedahkan implikasi pedagogi melihatkan peranan guru dan rangka kerja, peranan pelajar dan suasana pembelajaran. Kesan atau implikasi buku ini ialah memberikan pendedahan kepada pembaca cara-cara untuk beretika di media sosial serta langkah untuk membuka media sosial dengan baik. Selain itu, pembaca dapat mengukuhkan rangkaian sosial mereka dan pelajar pula dapat bersedia untuk suasana pekerjaan dalam era digital dan persaingan media masa hadapan.

Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Harga: RM60

Tajuk buku: Eh!!! Media Sosial.

Wednesday, November 27, 2019

BBM3410SATU2019:ULASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI: TEORI DAN APLIKASI NORMALIZA ABD RAHIM (2019)


NURUL EZZATY BINTI MOHD AZHARI
194416
ULASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI: TEORI DAN APLIKASI
PENULIS: PROFESOR DR. NORMALIZA ABD RAHIM

Buku ini memberi maklumat tentang penggunaan teori analisis wacana dan strategi komunikasi. Penggunaan teori telah diaplikasikan dalam bentuk penyelidikan. Aplikasi dalam teori analisis wacana dan strategi ini boleh digambarkan sebagai kajian yang menarik berserta huraian serta perbincangan yang padat dan teliti. Sebagai contoh, teori ini lebih memberi manfaat kepada individu serta masyarakat yang berkaitan. Buku ini mengandungi dua bahagian iaitu kajian wacana dan strategi komunikasi. Penulis telah menulis kedua bahagian tersebut secara berkait rapat kerana mengaitkan komunikasi ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Definisi serta konsep wacana telah ditulis pada bab 1 dan diceritakan dengan baik oleh penulis. Seterusnya, pada bab 2 pula penulis merangkumkan penggunaan teori dan pendekatan wacana seperti Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori Analsis Wacana Stubbs (1983), Teori Analsis Wacana Kritis VanDjik (1977), Pendekatan Analsis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018) dan Teori Analsis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018). setiap teori analisi wacana ini dianalisis dengan baik dan kritis oleh penulis. 

WIWIWI swafoto dengan buku giteww

Selain itu, wacana tekstual cerita sosial, wacaran ujaran dalam kalangan kanak-kanak dan wacana tekstual lirik lagu ditulis pada bab 3. pada bahagian ini, penulis megemukakan kaedah metodologi, keputusan perbincangan, rumusan serta implikasi dan cadangan. Bagi strategi komunikasi pula ditulis pada bab 4. komunikasi akan dilakuan dalam bentuk kumpulan kecil dan kumpula besar. Pada bab 5 pula menceritakan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi manakala pada bab 6 berkaitan analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang menganalisis interaksi kanak-kanak dengan menggunakan taksonomi strategi komunikasi yang terkini. Sebagai contoh, bab 6 mengupas hasil kajian daripada sepuluh pelajar sekolah rendah berumur 11 dan 12 tahun di Selangor. Akhir sekali, bab 7 pula memberi cadangan kajian akan datang. Antara cadangan kajian lain yang berkaitan wacana dan strategi komunikasi ialah bahasa isyarat, bahan bercetak, serta bahan elektronik dan media massa.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

Harga buku: RM20


Friday, October 18, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6


Assalamualaikum dan hai :)


Tajuk pun tentang Instagram, maka post kali ini berkaitan Instagram atau lebih famous orang cakap Ig hehe. Okay, tak banyak pun nak cakap, cuma nak suruh semua yang baca entri kali ini untuk follow akaun instagram saya: @ezzatyazhari ⭐kalau saya tak follow balik, dm saya cakap pst.. pstt, follow balik sis. Agitchewww. 

Tengoklah dua post bawah ini, kena posing untuk subjek BBM3410, syiok tau belajar dalam kelas ni. santai-santai je. yang penting praktikal senang masuk dan ingat teknik-teknik untuk ambil gambar.





bukan selalu posing pakai telekung dekat Bukit Expo, selalu orang jogging dating kali ni, hamek solat dhuha kau dekat sana. kikiki, yang gambar kedua ingat model lah tu. kenkonon nak jadi perempuan ayu gituh, tapi.. hm boleh lah ada rupa sikit-sikit. haha!

Wednesday, October 9, 2019

BBM3410SATU2019: ULASAN BAB 6 BLOG DI DALAM KELAS

Assalamualaikum dan Hai! :)

hari ni aktiviti amali perlu membuat ulasan bab 6 buku Boom With Social Me.

   blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (NnormalizaAbd Rahim, 2014). rata-rata remaja akan mula menulis blog sebagai satu platform untuk menulis diari kehidupan masing-masing. hal ini demikian kerana, blog memberikan kemudahan seperti mudah untuk di update dan disunting.bukan itu sahaja, blog juga membolehkan seseorang berhubung dengan orang lain dan menjadi medium komunikasi.

   Menurut Li & Chignell (2010), blog bukan sahaja memberikan peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dengan komputer semata-mata, malah juga memberi peluang untuk melakukan interaksi dua hala dengan pengguna blog yang lain. Maka, ia boleh dijadikan sebagai tujuan pembelajaran. sebagai contoh, blog membantu pelajar untuk menambah keyakinan diri untuk menulis secara kreatif. 

   Blog menyediakan ruang komen di bawah post yang mana ruang ini membolehkan pembaca yang lain memberikan pendapat atau info tambahan berkaitan dengan post yang ditulis. Blog melakar sejarah pada tahun 1991 melalui world wide web dalam mode berkongsi maklumat. blog bermula dengan tiga ciri utama iaitu, pautan ke rea yang lain dalam web, komen pada pautan dan interaktif serta saling berkait. 

   Kajian pada 2007 oleh Ruzy Suliza Hashim menunjukkan blog menjadi semakin popular melihatkan kepada ciri privasi dan uniknya seorang pengguna untuk berkongsi idea mereka. Kajian ini telah dilakukan oleh dua orang wanita yang mana hasilnya sangat memberangsangkan. kedua wanita ini menulis dengan menggunakan perkataan yang paling terbaik. 

   melalui blog kita akan lebih mudah berkongsi apa sahaja kerana blog tidak perlu menggunakan perkataan yang formal dan tidak terhad  patah perkataannya berdasarkan kajian Nowson (2006).pelbagai lagi hasil kajian yag menunjukkan bahawa blog memberikan kesan yang baik kepada pengguna. Malah, Normaliza Abd Rahim (2014) juga menyenaraikan 10 cara terbaik untuk menulis blog seperti yang dibawah:
  1. memilih tajuk yang menarik bagi menarik perhatian pembaca.
  2. penulis juga perlu menulis cerita yang menarik  setelah menulis tajuk yang menarik.
  3. memasukka elemen jenaka di dalam penulisan blog.
  4. memastikan menulis hujah yang terbaik untuk memberi lebih penghayatan
  5. mengaitkan penulisan dengan isu-isu semasa
  6. menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas
  7. blog anda perlulah dapat dibaca dan difahami
  8. cerita blog anda perlulah boleh untuk berkomunikasi dengan pembaca
  9. memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan
  10. berilmu untuk penulisan pendidikan.

   Hasil kajian juga dipaparkan di dalam blog beserta rajah. secara kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa blog sangat membantu pelajar Korea untuk belajar linguistik, bahasa dan pembelajaran teknologi. di samping itu, blog juga membantu untuk meningkatkan motivasi pelajar malah membantu para pengajar untuk menjadikan blog sebagai bahan rujukan pengajaran. di akhir bba ini juga tuurt berharap agar kajian pada masa hadapan lebih mengfokuskan terhadap teknologi untuk meningkatkan gaya penulisan dalam bahasa kedua.

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: Suatu ketika

assalamualaikum dan hai semua!:)

Terima kasih emak, terima kasih abah. Ungkapan terima kasih yang tak lekang untuk saya tuturkan buat kedua ibu bapa saya. Ya, aku bersyukur sehingga kini Tuhan masih member mereka nafas untuk bersama dengan aku di muka bumi ini. Terima kasih Tuhan, mengirimkan emak dan abah sebagai ibu bapa yang sangat berdedikasi menjagaku.

Tanpa kekuatan seorang ibu, maka tiadalah kita didunia ini. Mengusung selama 9 bulan dalam kandungan. Ayah pula yang member semangat, punca rezeki, berkeringat untuk member makan minum serta tempat tinggal.

Ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa. Abah pula seorang pegawai kerajaan yang bekerja di Perpustakaan UPSI. Moga saya dapat berbakti buat merka sehuingga ke akhir hayat. Emak seorang yang suka berleter. Mungkin kerana lumrah seorang wanita itu memang begitu. Suatu hari nanti, aku pula yang bakal menggantikan tempatnya sebagai seorang ibu. Persoalan, mampukah aku?

Abah pula seorang yang lebih tenang. Kerana itu abah orang paling layak menjadi ketua keluargaku yang baik. Walaupun kini kesihatan abah sederhana, namun dia tidak pernah mengeluh untuk bekerja dan member rezeki buat aku sekeluarga. Terima kasih abah.

Syukur, nikmat Allah pinjamkan aku sebuah keluarga bahagia. 2 orang kakak dan tiga orang adik menyebabkan aku menjadi yang ketiga dalam kalangan adik-beradik. Kakak sulong telah berkahwin dan mempunyai dua orang kelurga. Bila kakak pulang ke kampong riuh rumah dengan kerenah anak-anaknya. Aku lah yang paling seronok kerana aku sangat suka melayan mereka berdua.

Kakak yang kedua pula sedang menyambung master di UPSI dalam bidang pendidikan biologi. Kini tinggal dirumah menjaga emak dan abah.  Aku dan adik yang lain sedang bersekolah.

Adik perempuanku seorang sahaja. Kini berlajar di IPG Ipoh . WAH  bakal seorang guru gituh. Adik lelaki pula ada dua orang. Seorang di sekolah menengah dan seorang lagi baru habis UPSR. Masih lagi belum mengenal sepenuhnya kesusahan emak dan abah bekerja. Semoga Berjaya adik-adik!

Yang pasti, aku sangat gembira apabila berada di rumah. Rumahku syurgaku dan nama timanganku dirumah ialah IJA!. hehe

BBM3410SATU2019 - KALENDAR 2020

Assalamualaikum dan hai semua :)  Beberapa minggu lepas aku mula belajar cara guna Adobe Photoshop untuk buat kalendar. Memandangkan 20...